Posts

POLITAIK TIDAK PERNAH HABIS

Dalam dunia ini, memang penuh tipu daya Depan kita - semua OK belakang kita - tikam dari jauh Semua hanyalah hipokrasi semata-mata. Apa terjadi, anggap ia sebagai satu permulaan untuk lebih baik.

Hey Vaksin !

Image
  Guys!  Dah vaskin ke belum? Kalau belum, register cepat-cepat di Mysejahtera! Saya berpeluang dapat vaksin Astra Zeneca sewaktu batch pertama open pada sekitar awal Mei 2021. Jadi official 3 Jun 2021, saya telah menerima vaksin AZ yang pertama! Mula-mula tu memang rasa risau gak, al-maklumlah vaksin AZ ni macam-macam cerita dengar. Katanya tak selamat la, darah beku la. Tapi kita tawakal la. Taktau what happen lagi after this kan? So - kisah bermula, 3 Jun 2021  [ MY VACCINATION DAY] 03 Jun 2021 Alhamdulillah, berjaya mendapatkan vaksin Astra Zeneca untuk dos pertama. Secara jujur, memang saya puji flow dia kat PWTC, sangat smooth. Kalau tengok pada flow tu, lebih kurang flow kita nak depart naik flight la (lalu banyak check point). So kalau sesiapa bakal ambil vaksin di PWTC (sekawan dengannya), ini tips saya boleh share : 1. Datang dalam 1 jam sebelum masa. Jangan datang awal sangat, kerana takde tempat lepak /dewan berkumpul. Lagipun sekarang PKP, memang takde pun tempat korang na

Beralih Arah

Image
Salam semua 28 April 2021, satu perubahan besar saya lakukan - walaupun sukar! Mungkin tamatnya di situ, dan saya turut mengambil ruang dan peluang untuk menambah baik kemahiran sedia ada, di tempat lain. Yang lebih baik dari sebelum ini. Saya tidak sempurna! Namun, hidup perlu diteruskan. Covid benar-benar menguji! Anda selesa, tahniah! Tapi ingatlah, jika anda berada di tempat orang lain, makan pasir la jawabnya. Bukan mudah nak teruskan perjalanan yang masih belum nampak. Rindu pada dunia pelancongan teramat sangat. Bunyi di KLIA, celoteh orang, melihat pemandangan dunia, semua ini amat saya rindui. Ia belum tamat! Saya perlu bertahan... Welcome to new journey! rajaazrul

COVID 19 DAN INDUSTRI PELANCONGAN

Image
Salam,   Kita semua tahu, Covid-19 ini memberikan banyak impak kepada sektor ekonomi, bukan sahaja kepada individu, tapi juga pada negara! Sektor yang masih belum pulih (dan sukar diramal) sudah tentu sektor pelancongan. Tahukah anda, sektor pelancongan adalah antara penyumbang kepada KDNK negara sebanyak RM80billion pada tahun 2019. Mungkin ramai antara kita, yang agak stress sebab tak boleh melancong atau backpackers (sebab hobi), tapi tahukah paling teruk terkesan sudah pastinya mereka yang bekerja /cari makan dalam sektor ini. Perlu diingat, sektor pelancongan ini payung dia sangatlah besar, dari sektor penerbangan, perhotelan, agensi sehinggalah mereka yang bergantung pada pelancong (pekedai/homestay). Statistik dari kementerian sumber manusia, mencatatkan kadar pengganguran dalam sektor ini sahaja kini hampir meningkat 80%.   Situasi ini amat membimbangkan. Mungkin orang ramai akan cakap begini, cari sahaja kerja lain. Tapi ia bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi mereka yang terbi

MASIH WUJUD YER

 BLOG AKU MASIH HIDUP YER... CUMA BELUM ADA MOOD NAK UPDATE. #BERTAHAN  #COVID19

2020 : bukan tahun terbaik

Image
 Sedar atau tidak,  Kita sudah hampiri -penghujung 2020. Aku rasa 2020 - bukanlah tahun terbaik untuk aku. Kenapa? 2020 ujian Covid 19 melanda, dan kesanya memang sangat teruk terutama aku yang bekerja dalam sektor pelancongan. Ramai akan komen " sabar lah, ada hikmah" tak pun akan cakap "semoga dipermudahkan" Iya, tak mudah ya bekerja dalam sektor risiko (pada masa kini). Kita boleh cakap sahaja sesedap rasa (mungkin nak memujuk hati), tapi diri sendiri yang berada dalam sektor ini bukan semudah disangka. Nak mohon kerja baru, bukan mudah juga. Berapa ramai graduan luar sana masih makan pasir, itu belum lagi mereka yang dibuang kerja. Buat bisnes? Mungkin mudah - tapi perlu kecekalan, kesabaran dan pentingnya, memakan masa. Dunia pelancongan ibarat nyawa bagi aku. Keseronokan mengembara (walaupun penat), melihat telatah masyarakat dan juga bagaimana tekanan dibuat kalau nak menyelesaikan sesuatu tugasan - bukan mudah disangka. Aku masih bersyukur, masih bertahan, m